Wednesday, May 28, 2008

SaNtAi jAp

KEJUTKAN SAYA
Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota..."KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI"dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis..."BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI"
moral of the story:xbaik masam muka suami isteri.sape yg susah skrg??

MAKANAN ITALI
Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal Walaupun tidak pernah masuk kesitu atau memesan hidangan Itali sebelum ini, pemuda itu tetap bermuka selamba. Tambahan pula dia ingin membuatkan teman wanitanya itu kagum. Apa bila tiba dimeja, pelayan memberikan buku menu dan pasangan berkenaan melihat senarai hidangan. beberapa minit kemudian, lelaki itu dengan bangganya memanggil pelayan untuk membuat pesanan."Err..., Berikan saya Giuseppe Spombalucci untuk dua orang!" kata pemuda itu.Pelayan itu tercenggang.Pemuda itu mula berang "Mengapa? awak takut saya tak ada duit untuk bayar bil nanti ke?" Tanya pemuda itu."Minta maaf encik, Giuseppe Spombalucci tu nama pemilik restoran ini!" Kata pelayan itu.
moral of the story:jgn malu nak bertanya.kan dah malu sendiri

MENCURI
Seorang pemuda sedang menjalani perbicaraan dihadapan hakim atas tuduhan mencuri basikal seorang gadis.Pemuda: Tidak! Saya tak curi basikal itu.Hakim: Jangan kamu cuba menipu. Gadis ini membuat laporan mengatakan kamu mencuri basikalnya. Pemuda: Dia tipu! sebenarnya, dia memberikannya secara percuma.Hakim: Maksud kamu? www.familiazam.cjb.netPemuda: Begini tuan hakim, ketika saya dalam perjalanan pulang dari sekolah, gadis ini meminta bantuan saya untuk memboncengnya menggunakan basikalnya sendiri. Dalam perjalanan, apabila tiba di kawasan semak, gadis itu menyuruh saya berhenti. Dia kemudian membuka baju dan seluarnya dan berkata kepada saya bahawa saya boleh mengambil "barangnya" yang berharga dengan percuma. Jadi saya terfikir, kalau ambil baju wanita itu, bukan saya boleh pakai sebab saya lelaki. kalau ambil seluarnya pula, pun begitu juga. Akhirnya , saya ambil keputusan untuk mengambil basikalnya. Itulah cerita sebenarnya.
Hakim: !!!???!!!
moral of the story:berfikir sebelum bertindak

RABA
Dalam sebuah lif yang penuh sesak, Ita geram melihat suaminya Saadon yang nampak riang kerana dihimpit oleh seorang wanita cantik dan seksi. Ketika lif sampai dibawah dan pintu terbuka, wanita seksi itu tiba-tiba menampar Saadon. Sambil berjalan keluar dia berkata, "Jantan tak tahu malu, berani kau raba punggung aku. Rasakan!" Saadon tercenggang melihat keadaan itu segera berkata kepada isterinya. Saadon: Sumpah yang.... abang tak raba pun punggung perempuan tu, percayalah...Ita: Ya, saya percaya.Saadon: Terima kasih kerana percayakan abang. Tak pasal-pasal abang dapat penampar free. Tapi macamana sayang percaya abang tak lakukan?Ita: Sebab saya yang raba punggung wanita tu!
moral of the story:xbaik naye suami camtu.dose tau..

POTONG
Sebaik mengambil tempat duduk di ruang menunggu di sebuah klinik, Nazri terpandang Sahrum sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Sahrum.Nazri: "Kenapa menangis?"Sahrum: "Saya datang untuk ujian darah!"Nazri: "Awak takut ke?"Sahrum: "Bukan itu sebabnya, Ketika ujian darah dijalankan mereka memotong jari saya!"Mendengar penjelasan Sahrum, Nazri pula menangis.Sahrum: "Eh...kenapa pula awak menangis?"
Nazri: "Saya datang ni untuk ujian air kencing!"
moral of the story:malang xberbau.tp masam bau..

KEK HARI JADI
Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. "Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu. Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu: "SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."
moral of the story:????lu pikir la sendiri.

p/s:senyum dan ketawa yg berpada kdg2 membuat kita lebih tenang disaat tegang..

Wednesday, May 14, 2008

Hero yg tewas..

Dah 3 hari dua beradik tu demam.adik mula ngan batuk, selsema n demam..abg pun sama.batuk, selsema n demam.ubat saje 2 org tu dah dkt seratus.bila dah batuk mesti muntah.doc kata kalu muntah ada baik n xbaiknye.yg baiknye dpt kuarkn kahak.yg xbaiknye xlalu nk basuk muntah tu kalu kerap sgt muntah.ye la tu doc ye..

wajah2 hero yg tewas utk sehari 2 ni..sian sungguh papa tgk..

moga anak2 papa n ibu cepat sembuh dari demam tu ye..

Monday, May 12, 2008

Boleh caya ke..?

Abg ni bkn leh caya sgt..tp kdg2 tu boleh la suruh main ngan adik.tp kalu dia kata adik punya org lain jgn harap nak kaco..dan dia akan bagi gak kat tgn adik sampai adik pegang..

abg acad tgh jaga adik konon..tgh perhati kot2 ada org nak koco adik..dia xtau ibu n papa jugak tgh tgk dia kot2 dia yg bantai adik.hehehe.

jgn harapkn pago, pago mkn padi dah..!!

Sunday, May 11, 2008

SELAMAT HARI IBU

Tiada kata yg dapat menggambarkan jasa dan pengorbanan seorang ibu..yang pasti, biar siapa kita sekarang ia adalah hasil didikan seorang insan yang bergelar IBU..kepada ibu aku, Pn Zainab Bt Hj Draman diucapkan selamat hari ibu.semoga dirimu sentiasa dalam rahmat Ilahi

kepada ibu kepada Khalis Arsyad & Khaisara Aleesa diucapkan selamat hari ibu.segala jasa dan kesabaran mu tak mampu aku balas..

utk semua ibu2 juga diucapkan selamat hari ibu....

Tuesday, May 6, 2008

Makan apa?

Menu apa lunch?td lunch our ibu ajak gi tesco extra ipoh.apa nak dibelinya xtau la.biasanya mmg ada yg dibeli tp yg dihajatkn xbeli pun.naper xbeli?tunggu la dulu.tu la jawapan standard.ntah bila nak jd pun xtau lah.katenye nk tunggu ada sale.apa susahnye hari2 kedai tu buat sale.kalu xde sale cam mana nk dpt untung.dh gi pun tgh hari mesti la lapo..tp yg xbest kena mkn sorang je.ibu pose.ganti katenye.yg tahun bila xtau lah.xpelah.mudah2an dpt abiskn sblm pose thn ni.kalu x asyik nk bayo pidyah je.mkn sorang pun xpelah.dh lapo ni.pusing punye pusing order la nasi goreng tom yam.nmpk cam sedap.rasannye pun blh thn sedap.yg xthn punya la byk.penuh pinggan.sah xabis ni.mkn xsmpi separuh pun.lastly, minta polistrin bungkus wat balik..kalu mkn ada teman abis kot.mkn sorang2 yg buat xselera tu..

nasi goreng tomyam n milo ais.

abg acad kalu dpt mkn "cik mbek"=nasi lembik.bubur kot lbh kurang la..mmg feveret dia..kecik dulu xsuka pulu mkn bubur2 ni..kau papa tanya abg nak mkn apa ni?

mlm:cik yeng=nasi goreng

pg:cik bu=nasi kerabu

time main:kut pis=biskut fish

time nk tdo n tgh mlm:cucu yo=susu milo

susu feveret abg skrg susu perasa coklat.tp dia panggill susu milo....

Saturday, May 3, 2008

Makan dan makanan

Mlm semalam ada dinner kattempat kerja.tu pun campur sekali ngan bdk2.majlis sempena nak meraikan depa la..dok pulun belojo bg mkn la sikit.mknan ok la..tp rasanya dah byk thn aku tgk caterer same je.maybe depa dah selesa kot.mknnan biasa je.xde apa yg sepesel.sama seperti mana thn2 lepas..yg pasti bila dinner yg formal camni maka akan ada la ucapan2 dr vip.nasib baik ucapan pendek2 je..kemeudian xsah kalu xde persembahan.persembahan pulak semestinye nyanyi..biasnya live band tp thn ni guna minus one je..sekitar majlis mkn tu yg dipenuhi ngan gelombang putih.. pasal apa gelas aku waiter u x isi air oren..dah la dahaga dok tunggu vip td..report kang baru tau.majlis tu abis dah dekat kul 11 mlm.balik umah tgk abg dh tdo..awalnye bdk ni tdo..ibu ckp aleesa kena bantai lg ngan abg kat kepala ngan bedak.nasib baik bedak kecik je.pastu kena cubit la abg sekali..patut la tdo awal..kena marah rupanye..

Mlm ni pulak tanya ibu nak mkn apa?..ntah lah pa.katenye..lama senyap..kita mkn pizza nak..nak belanja ker.no hal kalu ada org nk belanja..nak mkn kat ner ni?kat mana lg kalu x giant.

bersepah tul chicken wing tu..keje sape lg kalu bkn si abg tu..org dok atas kusi.dia dok atas meja.siap berdiri lg..kat sblh tu cermin.tgn blh knn pegang sudu..risau gak takut diketuknye.jenuh la nak ganti kalu pecah..mana aleesa?mana lg kalu bkn kat tmpt biasa dia.dlm stroller la..
lepas mkn dah alang2 sampai giant masuk latgk kot ada yg berkenan.semestinya ada yg sangkut..ingat nak beli beras.mahal sungguh skrg ni..yg 5kg pun dekat 16 henggit.fuh!!stok pun cam dah xbyk kat giant tu..mkn roti je la lepas ni..
tu je yg tingal..lepas ni kena simpan stok beras lbh sikit lah..xpun mkn la apa2 pun ganti nasi.janji kenyang.megi skrg pun dah bnyk zat.ye ke?eskcuti nk buat erk?
selamat hujung minggu..!!!??

Friday, May 2, 2008

Kejapnye...

pejam celik pejam celik (nasib baik pejam n terus xcelik) dah jumaat pun.dah nak abis pun minggu ni..best ke?..yang xbestnye esk kena kerja..waaa.ganti utk coti election aritu..tu yang malas tu..tp biasa nye depa ni dtg punch je pastu ilang ntah ke mana (depa je ker)hehe..
malam ni aku ade dinner..so ibu mkn sorang je lah mlm ni..terpaksa la ibu lyn bdk 2 orang tu sorang..sabo je ibu erk..mkn jap je..3 jam je..

selamat berhujung minggu pd yg coti..

Thursday, May 1, 2008

Kenduri

Bila cuti je ada kenduri.ni blm cuti sek lg.td gi kenduri umah kwn ibu.member kat tmpat keje lama dia dulu.ramai la dia jumpa kwn2 lama.aku sorang pun xkenal.sembang ngan abg n aleesa je lah.adik sperti biasa la kt tmpt dia.hehe.sian sungguh.. waa..anak dara papa pakai bj baru warna merah lg.siap pakai rantai lg..tp rantai tu cam kenal je..patut la..itu hadiah papa utk ibu 3 thn dulu..

abg acad dgn muka br bgn tdo berlatar belakang khemah pengantin..pengantin dah abis mkn.lg pun org kata pengantin xmkn byk.jiwa xtenteram..apa sbb xtau la..tp apa yg sonok sgt abg tgk tu?..
lor org basuh pingan mangkuk rupanye..dia ngan air mmg pantang sikit..kat umah kalu dpt mandi jenuh la pujuk nak suruh naik..paling dia takut lipas kat bilik air nak gigit k***k dia.hehe..tau takut..

walaupun mkn nasi minyak dah byk ngan ibu susu sastegen perisa coklat tetap xleh elak..sambil berdiri lak tu..sampai umah kul 5 lbh dah lapo balik..tp rasa best je kenduri kawin.dgn lagu selamat pengantin baru n mcm2 la.ingat masa kawin dulu kan..??rezeki pengantin la kenduri hari kamis.mlm ni mlm jumaat..hehe..

p/s:utk semua pun selamat bermlm jumaat...

Selamat Hari Pekerja

Apa makna hari pekerja pd korang.mungkin sekadar dapat coti kot.boleh bgn lmbt sikit..ye ke lambat sikit.ntah2 lambat byk..xkira bgn lmbt sikit or lmbt byk yg penting xpayah keje kan..sekadar gambar hiasan..siti nor zulaikha (anak sedara aku or sepupu aleesa n abg) dengan kucing kesayangan bernama fiona.. tp bila dah time coti mesti ada kenduri..kan?ni pun tgh tunggu ibu bersiap nak p knduri kat teluk intan.paham je la bilaorg pompuan bersiap ye..kepada yang nak kawin tu moga bahagia n dpt tambah lg ramai rakyat malaysia..
bila dah ramai sgt cam ni la rupanya..abg n gang tgh syok tdo dlm buai.kepada sume pekerja, yang xbekerja, yang dah berenti kerja selamat coti n selamat hari pekerja..