Wednesday, May 23, 2007

::..GAJI..::

kakitangan awam mungkin tengah membilang jari apa yang dibeli nak pakai kereta apa plak lepas ni, sebab bulan depan dah start gaji baru..naik banyak jugak tu.tp kena pandai la berjimat cermat ye..
kata papa: "Arsyad, tanya ibu berapa gaji ibu naik.."


kata Arsyad: "nanti boleh beli kasut NIKE kat arsyad ye bu..kasut yang arsyad pakai ni dah tak best..."

Friday, May 18, 2007

..::Seseorang::..


Pada 1/10/06 jam 7.06 minit pg..penyeri rumah tangga aku lahir ke dunia..diberi nama
Khalis Arsyad a.k.a Arsyad.. tp kat umah pengasuh member2 panggil cad je..
sekarang dah tujuh bulan..dah angkat buntut cam nak merangkak..tp bila nak gerak ntah..
kan arsyad kan..??

ni la Arsyad..hehe..(frame je tu)

ngan sepupu sepapat..(Arsyad sorang je tak yang isap benda tu)..


baru belajor..sekarang dah laju yang amat..semua dilanggarnye..

ramai yang kata muka arsyad sama ngan papa dia.. sama ke?

p/s: mesti arsyad sunyi main sorang-sorang kan..cuba tanya ibu, arsyad dah nak dapat adik ke belum..

Wednesday, May 16, 2007

:::..IBU...:::

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...Dia bertanya kepada Tuhan :

"Paramalaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; di dalam syurga ini, apa yangsaya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukupbagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu?"

" Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"

"Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan :

"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: IBU ........"

morale of the story...
Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...


p/s: Selamat "Belated" HARI IBU kepada semua ibu-ibu..
terutama sekali kepada ibu aku Pn Zainab Bt Hj Draman & ibu Mertua Hjh sharifah bt Che Lah dan teristimewa ucapan hari ibu untuk anak mak mertua aku, merangkap isteri aku dan selaku ibu yang cukup sempurna untuk anak aku....

:::KENANGAN:::




bersama isteri tercinta di bukit merah laketown resort..


kenangan dihadapan tempat aku belajar dulu...masa ni dah abih belajo dah..saje gi jalan-jalan.masa ni masih solo.hehe.skrg dah tak solo tp 3 lg availabe..


Friday, May 11, 2007

::::..MUKADIMAH...:::::

Kehidupan yang di tempuh telah diatur oleh yang maha Esa.. merancang bukan ber erti jadi.. jadi bukan bererti seperti yang dirancang...

yang pasti laluan yang telah diatur adalah yang terbaik untuk kita semua...