Tuesday, April 29, 2008

::..Ahkirnya..::

Akhirnya boleh jugak abg acad dok dkt adik aleesa kejap.punya la susah suruh dia dok diam kejap.ada je yang dia nak buat kat adik.nak kis tangan la,kis kaki la,kis kepala la.pastu mula la nak korek pusat la,korek mata la.tu belum lg jumpa ubat tyt dia nak sapu kat adik..last sekali dia lempang je lah..baru ni dia bantai dengan kunci.melaung la budak tu..aku xkata apa pun sbb masa tu aleesa ngan ibu dia..bior la..1st time abg peluk adik dia.tp tgn tu sbnrnye sibuk nak korek pusat tu..1 lg feveret dia adlh ketiak..tak kira la ketiak sape nmpk gerenti dia gi cucuk n kata "yak acam"..(abaikan sampah srap kat belakang tu)
benda org beli kat aleesa tp dia pulak yg lbh2 mainnye.sikit2 nak bbaring suruh org letak benda tu atas dia.tp kdg2 buat xtau je.last dia buat sendiri je.blh pulak abg ni ye..

Wednesday, April 23, 2008

::..Lu pikir la Sendiri..::

Abang, minta izin untuk nikah seorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya.
Jodoh yang diatur keluarga hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah. ”Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah. ”Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, seusai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya. ”Abang, Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda. ”Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah. ”Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. ”Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis. ”Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?” ”Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin. ”Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,” Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra. Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah. breast breast... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. ”Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,” Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar. Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang... Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Assalamu'alaikum sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. abang yang dikasihi, Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah. 1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi abang nak menggalas dosa orang lain. Alhamdulillah, Aliyah sudah lengkap berpakaian seperti yang dituntut dalam Islam. Dia tidak sehebat Aliyah.Aliyah sayangkan abang... 2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Dia tidak sehebat Aliyah pernah tak kita beli makanan, sebab yang Aliyah tahu, abang cukup tidak suka makan makanan luar.Aliyah sayangkan abang... 3. aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan abang... abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. abang lebih memahaminya.
Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya. abang yang dicintai, Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu abang...Aliyah sayangkan abang... Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan abang.
Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai..air tangan Aliyah. Assalamu'alaikum sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!!!

Tuesday, April 22, 2008

::..Sepetang di play ground..::

boring!!xtau apa nak buat ptg2.nak lyn citer slam dunk.tunggu ada lwn baru best.apa lg, jom lepak kat play ground..tp skrg kat sini asyik ujan je..nmpk x awan kat blkg abg tu.gelap semcm je..tp abg bg ball sebijik ok lah..tp xsakit ke nak jln2 atas batu tu.. dia marah sungguh ngan budak tu main benda ni sbb papa dia baru lepas naik.."tak yah la"katanye. ingat papa punya kot..
ni la 1st time aleesa gi tmpt camni..tmpt yg aleesa biasa giant je..sbb angin sejuk nak ujan kot..balik je terus aleesa selsema..aleesa ngan ibu.."apasal mata aleesa buka luas mata ibu jd sepet"??
ni la 1st time dpt amik gambo 3 beranak ni sekali.bkn apa..abg bkn leh dekat ngan adik.konpom adik kena penampor si abg tu..skrg dah ok sket.tp asyik nak kiss je.kat kaki la,kat kepala la,nak salam la..tp ttp perlukan pengawasan.
tp yg penting keseronokan bersama keluarga bila masa yg ada di gunakan sebaiknya.kan??

Monday, April 21, 2008

::..Weekend..::

arini dah stat keje.kejap je cuti ye.bila weekend je biasa lah dok pikir apa nak buat,nak gi mana.last sekali sepertii biasa.mana lg kalu tak ke giant.hehehe.bkn apa kat sini senang nak park kete n senang nak tolak bdk 2 orang tu dlm kete masing.abg biasa la kat tmpt dia.
sempat minum susu lg tu..troli tu cam kosong je..
si aleesa biasa la..tdo je lah..nmpak tak merah2 kat muka aleesa tu.xtau kena apa daru umah pengasuh lg tu..sian tul kat aleesa ni..
bkn nak beli apa pun..asalnye nak beli plastik sampah je.bila dah sampai al maklum je lah..abg pulak kalu tak nak air akut(yakult)nak lat(coklat)..coklat ball ni la feveret dia..tp bkn mkn sgt pun..
dah penat shoping.satu hal lg, tak tau nk mkn kat mana.at last balik umah ibu masak..lg best..tp telur dadar je lah..hiks..

Friday, April 18, 2008

::..Xnak jugak..::

waa kejap betul rasanya..baru je keje rini dah jumaat.(campur ngan monteng).tu yg rasa kejap je tu..ni mainan yg baru dibeli utk si aleesa.tp xnak jugak duk kat bawah tu..nak org riba jugak..
ni peel si abg pulak..dah elok org bg kerusi spiderman kat sblh tu xnk jugak duduk..kat sini gak dia nak bergayut..ish2..mcm2.
ni pulak bola besar utk ibu buat senaman..katanye nak suruh langsing badan.tak jugak langsing2..mana nak langsingnye dah guna pun idak..xnak jugak..ntah le..kempis camtu la nnt bola tu.penat je tiup tau..
dah nk dkt kul 5..nak balik lah..nak amik bdk2 tu..ujan lebat ni..selamat berhujung minggu..!!

Wednesday, April 16, 2008

::..Tak Paham la..::

si abg skrg dah makin byk mulut..byk mulut ke?mulut satu je..byk ckp kot..tp mslhnye apa yg dia ckp tu xbrp nak phm..selagi kita x phm selagi tu la dia akan ulang..kesian pulak rasanye..last2 iakan je la..satu lg, semua buah dlm dunia ni pd dia adalah buah hati..ala yg iklan susu anmum tu..yg budak tu gabung kn buah n hati..tau kot ye.. antara yg selalu si abg ni ckp:
1. akit ewok=sakit perut
2.wah ati=buah hati la tu
3.wah ati wuwuk=buah hatu buruk
4.ti=peti
4.tol=pistol
6.ngan yiyi=tgn kiri
7.ndi=mandi
8.ayer cak=air masak
9.yaaa=ceria (ikut irama astro ceria)
10.mot=remote
11.oyi=lori
12.oyi ayu ayak=??(sape leh teka?)

ntah la byk lg..nnt ibu tmbh la..tp yg penting lyn je apa yg dia ckp tu..

::..Aduh!!..::

Minggu lepas cuti seminggu..apa lg balik kg lah.kelate..balik hari ahad n balik ipoh hari sabtu.hari ahad balik umah ibu dulu, hari selasa baru balik rumah aku..plan nak balik hari rabu tp sbb ada kecemasan sikit terpaksa balik hari selasa..kejap je rasa seminggu..
hari isnin stat keje kena bawak budak 2 org tu cucuk kat klinik..si abg cucuk utk 18 blnn si adik cucuk utk 3 bln..buat pertama kalinya si abg menangis bila kena cucuk.dari umurnya sehari sampai l hari isnin hari tu xpenah nangis bila kena cucuk..ilang dah heronyee.tp kejap je..keluar bilik nurse terus ok n sembang.si adik biasa la.xsah kalu tak nangis..sampai ke rumah nangisnye..mlm selepas cucuk tu si abg demam kuat..kul 2 pg bangun bg ubat..lepas tu dia main lah..bila dia tdo pun xtau.sbb aku dah tertdo..si adik mlm td baru demam n selsema..bg ubat nmpak ok la sket..tdo xbgn je..kire "ok la tuh"..kata Saida...tp pg ni nak anto kat pengasuh nmpk ok je..hrp2 baik cepat la demam bdk2 tu..

Friday, April 4, 2008

::..HEPI ANNIVERSARY..::

Hari ini 04.04.08 genaplah 3 tahun usia perkahwinan kami suami isteri..kejap je rasanye masa berlalu..dalam meniti umurnye yg ke 3 ikatan ini diserikan dengan kehadiran 2 orang cahaya mata, cahaya hati, cahaya fikiran sume cahaya lah..kerana mereka lah sumber inspirasi kami..putera sulung (Khalis Arsyad), semakin petah berkata2 dlm bahasa kami yg xbrp nak paham..puteri (Khaisara Aleesa), semakin tembam n comei..sungguh besar nikmat tuhan pada kami yang tak ternilai harganya..semoga ikatan yang dibina ini terus kekal hingga akhir hayat dan sentiasa dibawah lindungan yang Maha Esa.. InsyaAllah..
utk ibu, "HEPI 3rd ANNIVERSARY"