apa2 pun syukur pada Allah sbb abg n adik membesar dalam keadaan sihat..
Tuesday, January 13, 2009
pergh..!!
apa2 pun syukur pada Allah sbb abg n adik membesar dalam keadaan sihat..
Monday, August 25, 2008
Penang
abg n bear yg lbh beso dr dia.mula2 takut.lepas tu nk amik wat balik pulak.graduan,ibu,adik n abg..cwn yg ibu pegang tu mainan adik je tu.bila dah sampai penang xsah kalu xnaik feri kan.masuk pulau dah lalu ikut jambatan, balik mesti la ikut feri.
abg yg over excited nk tgk air laut katanye.tp nak tunggu naik feri ni yg lmbt sikit.sampai ipoh petang terus masak sbb org lain ada trip lg ke KL.
p/s:Tahniah untuk Dr Emma. Wish u be a good doctor. cam Dr House jd ler..
Sunday, August 24, 2008
Rempit
dah siap sedia nak merempit.tp muka serius je.
ni plak gaya minah rempit..hehe.adik dah pandai naik walker skrg.senang sikit nak wat kerja.letak je atas walker dia tu.tp kejap je blh duduk.lepas tu mula la jerit.
minah rempit tgh sedia...ready....GO!! mata bulat je.apa yg ditgk tu..
p/s:sian adik.sume dpt brg 2nd hand dari abg..
Pindah Rumah
rumah yg baru ibu beli..2nd hand je.masa ni tgh pasang plaster syiling.
semua brg disumbat bwh tangga tu..nak cari baju n seluar pun susah
semua brg main campak je..bila nak kemas tak tau lah..
p/s:akhirnye dpt gak merasa dok umah sendiri.tumpang rumah ibu sbnrnye.sbb ibu yg beli.hehehe.blh tumpang ke ni ibu.?
Wednesday, May 28, 2008
SaNtAi jAp
Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota..."KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI"dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis..."BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI"
moral of the story:xbaik masam muka suami isteri.sape yg susah skrg??
MAKANAN ITALI
Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal Walaupun tidak pernah masuk kesitu atau memesan hidangan Itali sebelum ini, pemuda itu tetap bermuka selamba. Tambahan pula dia ingin membuatkan teman wanitanya itu kagum. Apa bila tiba dimeja, pelayan memberikan buku menu dan pasangan berkenaan melihat senarai hidangan. beberapa minit kemudian, lelaki itu dengan bangganya memanggil pelayan untuk membuat pesanan."Err..., Berikan saya Giuseppe Spombalucci untuk dua orang!" kata pemuda itu.Pelayan itu tercenggang.Pemuda itu mula berang "Mengapa? awak takut saya tak ada duit untuk bayar bil nanti ke?" Tanya pemuda itu."Minta maaf encik, Giuseppe Spombalucci tu nama pemilik restoran ini!" Kata pelayan itu.
moral of the story:jgn malu nak bertanya.kan dah malu sendiri
MENCURI
Seorang pemuda sedang menjalani perbicaraan dihadapan hakim atas tuduhan mencuri basikal seorang gadis.Pemuda: Tidak! Saya tak curi basikal itu.Hakim: Jangan kamu cuba menipu. Gadis ini membuat laporan mengatakan kamu mencuri basikalnya. Pemuda: Dia tipu! sebenarnya, dia memberikannya secara percuma.Hakim: Maksud kamu? www.familiazam.cjb.netPemuda: Begini tuan hakim, ketika saya dalam perjalanan pulang dari sekolah, gadis ini meminta bantuan saya untuk memboncengnya menggunakan basikalnya sendiri. Dalam perjalanan, apabila tiba di kawasan semak, gadis itu menyuruh saya berhenti. Dia kemudian membuka baju dan seluarnya dan berkata kepada saya bahawa saya boleh mengambil "barangnya" yang berharga dengan percuma. Jadi saya terfikir, kalau ambil baju wanita itu, bukan saya boleh pakai sebab saya lelaki. kalau ambil seluarnya pula, pun begitu juga. Akhirnya , saya ambil keputusan untuk mengambil basikalnya. Itulah cerita sebenarnya.
Hakim: !!!???!!!
moral of the story:berfikir sebelum bertindak
RABA
Dalam sebuah lif yang penuh sesak, Ita geram melihat suaminya Saadon yang nampak riang kerana dihimpit oleh seorang wanita cantik dan seksi. Ketika lif sampai dibawah dan pintu terbuka, wanita seksi itu tiba-tiba menampar Saadon. Sambil berjalan keluar dia berkata, "Jantan tak tahu malu, berani kau raba punggung aku. Rasakan!" Saadon tercenggang melihat keadaan itu segera berkata kepada isterinya. Saadon: Sumpah yang.... abang tak raba pun punggung perempuan tu, percayalah...Ita: Ya, saya percaya.Saadon: Terima kasih kerana percayakan abang. Tak pasal-pasal abang dapat penampar free. Tapi macamana sayang percaya abang tak lakukan?Ita: Sebab saya yang raba punggung wanita tu!
moral of the story:xbaik naye suami camtu.dose tau..
POTONG
Sebaik mengambil tempat duduk di ruang menunggu di sebuah klinik, Nazri terpandang Sahrum sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Sahrum.Nazri: "Kenapa menangis?"Sahrum: "Saya datang untuk ujian darah!"Nazri: "Awak takut ke?"Sahrum: "Bukan itu sebabnya, Ketika ujian darah dijalankan mereka memotong jari saya!"Mendengar penjelasan Sahrum, Nazri pula menangis.Sahrum: "Eh...kenapa pula awak menangis?"
Nazri: "Saya datang ni untuk ujian air kencing!"
moral of the story:malang xberbau.tp masam bau..
KEK HARI JADI
Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. "Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu. Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu: "SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."
moral of the story:????lu pikir la sendiri.
p/s:senyum dan ketawa yg berpada kdg2 membuat kita lebih tenang disaat tegang..
Wednesday, May 14, 2008
Hero yg tewas..

wajah2 hero yg tewas utk sehari 2 ni..sian sungguh papa tgk..
moga anak2 papa n ibu cepat sembuh dari demam tu ye..
Monday, May 12, 2008
Boleh caya ke..?
abg acad tgh jaga adik konon..tgh perhati kot2 ada org nak koco adik..dia xtau ibu n papa jugak tgh tgk dia kot2 dia yg bantai adik.hehehe.
jgn harapkn pago, pago mkn padi dah..!!
Sunday, May 11, 2008
SELAMAT HARI IBU

.jpg)
Tuesday, May 6, 2008
Makan apa?
.jpg)
nasi goreng tomyam n milo ais.
abg acad kalu dpt mkn "cik mbek"=nasi lembik.bubur kot lbh kurang la..mmg feveret dia..kecik dulu xsuka pulu mkn bubur2 ni..kau papa tanya abg nak mkn apa ni?
mlm:cik yeng=nasi goreng
pg:cik bu=nasi kerabu
time main:kut pis=biskut fish
time nk tdo n tgh mlm:cucu yo=susu milo
susu feveret abg skrg susu perasa coklat.tp dia panggill susu milo....
Saturday, May 3, 2008
Makan dan makanan
.jpg)

Mlm ni pulak tanya ibu nak mkn apa?..ntah lah pa.katenye..lama senyap..kita mkn pizza nak..nak belanja ker.no hal kalu ada org nk belanja..nak mkn kat ner ni?kat mana lg kalu x giant.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
selamat hujung minggu..!!!??